Monday 3 September 2018

september 2018

September is coming. Hai bulan best . september kali ini usia beta 25 tahun .Argh kenapa begitu pantas masa berlalu meninggalkan masa silam yang begitu berharga dan meruntun jiwa. Saat ini terasa pantas sekali jarum jam berputar . Tidak terkejar dek kaki dan langkah. Apa boleh buat ... aku dan aku tetap melangkah longlai menjalani sisa hidup yg tidak tahu bila detik itu akan terhenti . Aku sudah dewasa dan kehidupan semakin berubah . Kenapa harus ini terjadi.  Otak kanan dan kiri berputar ligat ya memikirkan cara utk menghadapi semua cabaran dan halangan dalam kehidupan . Aduh kuatkah aku utk melalui ini semua . Melalui detik sukar dengan sabar dan tenang .

Apa pun aku harus berterima kasih pada Maha Kuasa yg telah menemukan aku dgn insan yang baik hati. Sepanjang perjalanan ke 25 aku bersyukur yang teramat kerana seorang demi seorang hadir melengkapkan silang kata dalam kehidupan ini. Walaupun ada kalanya aku salah meneka akhirnya ia menemui jawapan yg pasti . Dan tidak semua jawapan itu aku dapatkan dlm tempoh yang singkat ada yg mengambil masa separuh dekad. Manis bukan kehidupan ?


cukup sampai di sini dulu entri kali ini . Nanti aku akan ceritakan satu persatu kisah manusia .



Friday 7 October 2016

HAATIII

Assalamualaikum , Hari ini aku menulis lagi, Pada ruangan kerdil ini aku menyusun kata yang tersimpan dalam hati . Hari ini nak mengukir bait tentang hati . Kenapa hati sebab hati letaknya terlalu dekat dengan kita . Seringkali hati dikaitkan dengan perasaan . "sampai hati awak lanyak hati saya tanpa belas kasihan".Amboi parah sangat dah tu . Sebenarnya ibarat ja tuh. Hati kan organ penting untuk kita meneruskan kehidupan . Kalau hati tu sakit macam mana nak teruskan hidup dengan sempurna . Apatah lagi kalau hati dilenyek , nak ckp tak mampu hidup dah lah tu kan !. Maka jagalah hati masing-masing dan cuba jaga hati orang dengan sebaiknya .Pesan ini untuk tuan punya jemari yang menekan keyboard ini juga  Ya ! Kadangkala kan kita tak sedar yang kita ni melukakan hati orang sebab yelah kita kan datang dari latar belakang yang berbeza. Kadang dengan kawan-kawan lain kita ok jek nak cakap hawau apa semua . Tapi setengah kawan tak boleh terima . Maka pandai-pandailah urus ya . Come on manusia jer pon . Pandai-pandailah handle.  Nak senang buat jer hal masing-masing, tak payah ambil port .


Ada satu lagi masalah hati ni. Masalah hati yang selalu membabitkan perasaan dan kadangkala boleh melibatkan sang otak . Masalah ini juga berkait dengan CINTA  sebab cinta tu letaknya di dalam hati . Yeke ? tahla yelah kasih sayang mestilah nak letak kat organ paling berharga kan ? Hahaha .Dan tak tahulah kenapa hati tu bentuk LOVE . Hahaha. Cinta ni terbentuk dari pelbagai cara . Ada manusia jatuh cinta kerana kata-kata , ada jatuh hati kerana paras rupa dan ada juga yang jatuh cinta kerana Agama . banyaklah faktor . For me tak kisahlah mcm mana pun ko Fall in love with someone. Try sebaik mungkin kontrol diri kau dan cinta kau tu . Jangan memberi harapan setinggi Langit ke tujuh kalau kau tanak ayat Hati saya berderai bak kaca yang jatuh dari tingkat tujuh !. Asal lah penulisan yang membosankan sangat ni haha sebab tengah layan lagu jiwang kot . Esok kene cari idea lainla bai . 

Thursday 6 October 2016

6102016

Tarikh yang cantik untuk aku abadikan sebagai kenangan . Sekian lama jemari tidak menyentuh papan kekunci untuk mengisi ruangan pada blog . Usang . Sunyi. Sepi. Kerana nokhtah tidak bertanda aku mengambil kesempatan untuk menulis semula . menulis apa, aku pun tak pasti. Terlalu banyak kesilapan hari demi hari aku lakukan tak kira kepada insan mahupun Sang Pencipta . Tak tahu bagaimana nak undur masa . Kesilapan kecil menjadi besar . Sedar tak sedar hanyut dan terus terkapai-kapai di tengah lautan . Aku tak tahu sampai bila, tapi yang pasti masih berharap ada Sang Helang yang sudi menyelamatkan aku . Tolong bawa aku ke tebing semula . Kenapa manusia berubah 360 darjah . banyak tu . Terlalu banyak . Kerana terlalu penat dengan penghuni planet bumi yang penuh dengan kepalsuan atau pun ketidak ikhlasan hati penghuni planet ini . Entah aku pun tak tahu belum habis mengkaji . Aku ? ya aku berubah kerana usia . usia membuatkan aku lebih mengenal manusia . Oleh itu, aku berubah . Cuba ikut rentak dunia . Rupanya aku silap . Sepatutnya aku yang  menguasai dunia ini sebab aku ada akal dan fikiran . Yes Silap lagi !! . Aku rindu ! rindu masa lalu . Terlalu rindu . Tapi aku jugak tak sabar menanti kejutan hari mendatang . Tak sabar untuk menerima kejutan yg telah Allah rancang buat aku . Andai kejutan itu membuatkan aku gembira aku berharap aku tak lupa diri . Andai kejutan itu membuat aku pilu jangan sampai aku hilang pertimbangan . Setakat ini aku mampu coretkan sebagai permulaan untuk aku menulis semula . Salam.

Wednesday 10 February 2016

10.2.16

Assalamualaikum. Alhamdulillah cuti raya cina dpt jugak jemah balik kampung menatap wajah mak abah, adik beradik dan besfren. Paling penting tak sangka dpt jumpa member duduk sebelah masa tingkatan 5 hahha reunion sungguh.


Org kata harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Aku tinggalkan penulisan yg tak seberapa ni harapnya nanti ada org baca bila aku dah tak ada. Bukan utk apa just utk kenang kenangan. heheh


terasa waktunya sudah semakin hampir. Betul lah kita boleh rasa tapi tak tahu bila masanya akan tiba. Alhamdulillah beberapa perkara sudah aku lepaskan agar nanti aku tenang. Aku harap doa aku yg terakhir dpt disambung oleh adik beradik yg lain.

Thursday 27 August 2015

ogos 2015

Guling kanan,guling kiri. mata masih belum dpt dilelapkan inikan otak yg berputar ligat memikir cara untuk menahan sakit dan menghilangkan sakit. Satu persatu air mata mengalir. Lantas, pantas kaki mngangkat tubuh yg bergetar untuk disucikan kerana aku sedar tiada siapa yg dpt membantu melainkan Allah kerana Dia lah yg menciptakan aku.Tangan longlai ini mengangkat takbir . Sayu hati ini meminta agar Allah mengurangkan penderitaan ku ni....Alhamdulillah kuasa Allah sakit itu kurang. Badan ini ku hempas perlahan di atas tilam yg menjadi saksi penderitaaan aku selama ini. ku usap sisa tangis. Suara emak tiba tiba muncul di benak fikiran. " ko ni tanak kawen ke? cari carilah senang skali dgn omen ".


Mak abah maafkan aju. Bukan aju tak nak penuhi impian mak. Sedangkan diri sndiri aju tak mampu jaga inikan nak jaga anak org. Tangan pon sakit mcmna nak kawen. Bukan org suka nt tambah menyampah. Biarlah kita jaga mak ngan abah jea. Harap mak n abah pon tak mnyesal kalau nt kite tak blh jaga mak abah dgn sempurna.


Sakit mcmna? sakit sgt ke?
kalaula aku boleh bg org rasa nak je bg org rasa .ckup 5 minit pon blm tntu korang dpt tahan. inikan aku yg menanggung hampir 5 years. Aku redha ni ujian utk aku insya Allah aku kuat utk hadapi. Aku menulis bukan utk mengeluh. Just utk meluahkan isi hati.


Kawen tu rezeki. Dapat buat pahala kpd suami. tak payah la sibuk pk. Ada rezeki adala. Jgn lupa tak kawen pon rezeki. Rezeki hidup lama dgn mak abah.

sekian sahaja tq





Saturday 24 January 2015

Tell them..

Kehadiranmu kini ku hargai
Satu kenangan seumur hidupku
Abadikan segala cerita
Indahnya cintamu membuatku bahagia

Perjalanan dua insan bercinta
Tak seharusnya berakhir sempurna
Ku percaya pasti ada cabarannya
Redha menghadapi segalanya

Bila
Kita tak lagi dapat bersama
Biarkan semua kisah kita
Terukir indah di dalam jiwa

Sampai bila
Mungkin esok kita kan berpisah
Ceritakan kepada mereka
Romantisnya cinta kita
Berdua

Dekatkanlah dia padaku
Temukan rasa itu
Hilangkanlah curiga
Bersama melafazkan cinta


Thursday 22 January 2015

SEMESTA 5

Assalamualaikum cinta, syg, rindu, dan seisi dunia. Hai Jemah dah masuk semesta 5 tau . Umoq dah tua dah, makin matured tau hahaha. Tapi tak bulih kawen lagi sebab ase muda lagi hahaha. Okay disebabkan malaysia dilanda musibah banjir so kuliah ditangguhkan hihi. Untong duduk maktab ni tapi penat nak mampuih .

Sem yg agak serabut jugekla hahaha. Macam biasa semua ni akan berakhir kan huhu. Tahun ni azam masih sama . Tahun baru membawa azam untuk kuruih dan ingin menjadi lebih baik dr tahun lepas hahaha.

COLOUR PRESS

Pernah hati ini dibuka untuk manusia,
Ya hanya kau seorang,

Hari demi hari bersama yang dicipta sehingga lupa yang mencipta,
Rasa sayang pudar bak warna disimbah peluntur.

Ini semua kuasa Nya..
Syg cinta benci dtg darinya.

Arjuna selamat tinggal.
Bukan kisah kita abadi

Hanya kisah dongeng 
Kisah yang hadir dalam mimpi panjang

SELAMAT MALAM