Thursday 6 October 2016

6102016

Tarikh yang cantik untuk aku abadikan sebagai kenangan . Sekian lama jemari tidak menyentuh papan kekunci untuk mengisi ruangan pada blog . Usang . Sunyi. Sepi. Kerana nokhtah tidak bertanda aku mengambil kesempatan untuk menulis semula . menulis apa, aku pun tak pasti. Terlalu banyak kesilapan hari demi hari aku lakukan tak kira kepada insan mahupun Sang Pencipta . Tak tahu bagaimana nak undur masa . Kesilapan kecil menjadi besar . Sedar tak sedar hanyut dan terus terkapai-kapai di tengah lautan . Aku tak tahu sampai bila, tapi yang pasti masih berharap ada Sang Helang yang sudi menyelamatkan aku . Tolong bawa aku ke tebing semula . Kenapa manusia berubah 360 darjah . banyak tu . Terlalu banyak . Kerana terlalu penat dengan penghuni planet bumi yang penuh dengan kepalsuan atau pun ketidak ikhlasan hati penghuni planet ini . Entah aku pun tak tahu belum habis mengkaji . Aku ? ya aku berubah kerana usia . usia membuatkan aku lebih mengenal manusia . Oleh itu, aku berubah . Cuba ikut rentak dunia . Rupanya aku silap . Sepatutnya aku yang  menguasai dunia ini sebab aku ada akal dan fikiran . Yes Silap lagi !! . Aku rindu ! rindu masa lalu . Terlalu rindu . Tapi aku jugak tak sabar menanti kejutan hari mendatang . Tak sabar untuk menerima kejutan yg telah Allah rancang buat aku . Andai kejutan itu membuatkan aku gembira aku berharap aku tak lupa diri . Andai kejutan itu membuat aku pilu jangan sampai aku hilang pertimbangan . Setakat ini aku mampu coretkan sebagai permulaan untuk aku menulis semula . Salam.

No comments:

Post a Comment