Friday 7 October 2016

HAATIII

Assalamualaikum , Hari ini aku menulis lagi, Pada ruangan kerdil ini aku menyusun kata yang tersimpan dalam hati . Hari ini nak mengukir bait tentang hati . Kenapa hati sebab hati letaknya terlalu dekat dengan kita . Seringkali hati dikaitkan dengan perasaan . "sampai hati awak lanyak hati saya tanpa belas kasihan".Amboi parah sangat dah tu . Sebenarnya ibarat ja tuh. Hati kan organ penting untuk kita meneruskan kehidupan . Kalau hati tu sakit macam mana nak teruskan hidup dengan sempurna . Apatah lagi kalau hati dilenyek , nak ckp tak mampu hidup dah lah tu kan !. Maka jagalah hati masing-masing dan cuba jaga hati orang dengan sebaiknya .Pesan ini untuk tuan punya jemari yang menekan keyboard ini juga  Ya ! Kadangkala kan kita tak sedar yang kita ni melukakan hati orang sebab yelah kita kan datang dari latar belakang yang berbeza. Kadang dengan kawan-kawan lain kita ok jek nak cakap hawau apa semua . Tapi setengah kawan tak boleh terima . Maka pandai-pandailah urus ya . Come on manusia jer pon . Pandai-pandailah handle.  Nak senang buat jer hal masing-masing, tak payah ambil port .


Ada satu lagi masalah hati ni. Masalah hati yang selalu membabitkan perasaan dan kadangkala boleh melibatkan sang otak . Masalah ini juga berkait dengan CINTA  sebab cinta tu letaknya di dalam hati . Yeke ? tahla yelah kasih sayang mestilah nak letak kat organ paling berharga kan ? Hahaha .Dan tak tahulah kenapa hati tu bentuk LOVE . Hahaha. Cinta ni terbentuk dari pelbagai cara . Ada manusia jatuh cinta kerana kata-kata , ada jatuh hati kerana paras rupa dan ada juga yang jatuh cinta kerana Agama . banyaklah faktor . For me tak kisahlah mcm mana pun ko Fall in love with someone. Try sebaik mungkin kontrol diri kau dan cinta kau tu . Jangan memberi harapan setinggi Langit ke tujuh kalau kau tanak ayat Hati saya berderai bak kaca yang jatuh dari tingkat tujuh !. Asal lah penulisan yang membosankan sangat ni haha sebab tengah layan lagu jiwang kot . Esok kene cari idea lainla bai . 

No comments:

Post a Comment