Saturday 13 October 2012

Hai saya baru balik Pulau Pinang :) sorry tiada gmbar hahaha!


"Its hard to fall in love and its hard to forget the love"

Hahaha mengada kan aju ! Tp mmg tuh la hakikat sebenar kehidupan aku :) weng2 hahaha..Sbb tuhh la smp skrg malas la nk fikir bout that ..SEMAK gila..WASTE MY TIME..aku tak nk menyakiti n disakiti..so just wait the fate from Allah SWT :) Haha sukanya dia post wahh da single 1 tahun ! haha cool la aku single dr lahir pai la skunk, rilex jer alaaa nk buat apa bangga2 derr dgn benda tak pasti . tak kisah pun org kata kita tak ada peminat hahahaha! kite ada Allah,Mak,Abah,Family yg syg kat kita more than ur GF o Bf tau muehehehehe :)

Ok2 sudah! Geli bercakap mengenai nie hahaha...lex2 layan KOPI JANDA dulu secawan..Sebenarnya hr ni nk cakap mengenaiiii ermmm mengenaiiiiiii tersasar dari landasan ...meanss buat maksiat .Fren pcayalah manusia yg Pernah melakukan maksiat tak akan pernah tenang hidupnya even selepas kawen n sepanjang hidupnya ..Mana blh lupa derr perbuatan keji tuhhh nauzubillahimin zalik! Kalau korg rasa hebat sgt kan! blh je buat maksiat tapi ada syaratnya! kalau korang blh buat silakan la buat maksiat tuh...

Meh dgr story ni mehh ........

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah! Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.
#semoga bermanfaat#

Ermm yeahh frennn ayat Alquran ada menyebut La takrabu Zina! jgn sesekali mendekati zina itu..Ye mmg korang dah besa tapi Islam tetap tidak menghalalkan yg Haram pliss la hurmm..Kalau da kepingin sgt tuhh.slalu2 la puasa biar tahan nafsu tuh k ..hee kalau yg perempuan tuhh ala text je gedik2 dgn besfren sendiri haha yunkkk da makan ke? haha dgn kwn sejenis sendiri takpa pun nk bersyg2,gediks2...Mengada kan! gedik santai. haha tp jgn la pulak take advantage nk buat hubungan Terlarang aku Lempang kunk ! ok la tata! Assalamualaikum




1 comment:

  1. a gud reminder.. thanks!

    www.naturally-vitamin.blogspot.com

    ReplyDelete