Thursday 2 August 2012

Keegoanmu :P

      


     Salam hurmm ..take 5 jupp ehh hehehe maklumlah agak bz tak sempat nk update..mehh2 nak sapu sampah sikit .."sape la mkn kat blog nie tak kemas heshhh2" ..Ermm tgk tajuk la kan! aku rasa semua familiar dgn tajuk nie..Hurmm aku pun ade ego tersendiri tapi tak la dasyat mana punn ...meter ego tuhh boleh dikawal la guna akal n fikiran yang waras.Jgn sampai one day kite menyesal di atas keegoan kita :).

     Manusia memang pada dasarnya ego, suka mementingkan diri sendiri. Ego merupakan suatu kejahatan dan dipandang sebagai kesalahan moral kerana ia selalu mengabaikan kepentingan orang lain. Ego membuatkan manusia jauh dari kebenaran dan menyimpang dari petunjuk Tuhan. Ego dipandang sebagai suatu yang menjengkelkan.Dalam erti yang mudah "IKUTKAN PERASAAN"

      Ego ini  menjadi persoalan serius ketika kebahagiaan dan kepentingan peribadi diterjemahkan  sebagai kenikmatan.Akibatnya,  segala macam cara digunakan oleh orang yang ego  ini untuk memperolehi kenikmatan untuk dirinya dan menghindari perkara yang seronok, walaupun menyebabkan orang lain menderita. Asal dirinya bahagia sahaja.Maknanya sanggup dia ketepikan perasaan dia n org di sekeliling dia demi nk mempertahankan keegoan tuh..Hurmmm terpulanglahh kalau anda rasa ego tuhh boleh bawa ke mati sila kan.

      Tanpa anda sedari anda telah meragut kebahagiaan org yg tak bersalah.Semua tuhh sebab EGO anda.Jangan jadikan org yg tak bersalah n tak tahu ape2 sebagai  mangsa kisah silam kita .Tepuk dada tanya la hati tuhh..Keras sungguh hati.Sepandai mana pun kita tapi hati kalau keras mcm batu tak kemana punss..Ingt la hablum minannas Hablum minaAllah ..Aku sbg manusia yg baru lepas spm je tak ada PHD pun nk keluarkan statement jd hope semua faham la ayat aku yg tak gramatis nie hehe.

Kite tak tahu bila masanya Allah akan menjemput nyawa.Jd saling bermaafan la.Rendahkan ego tuhh.Aku risau kalau org yg aku pnh buat salah tuhh pergi dulu sebelum aku sempat minta maaf.Kalau aku yang kembali kepadaNya dulu tak pa ..jgn risau aku da maafkan seMMuuuaa kesalahan semua mahluk di dunia Allah nie..Aku sedar aku bukan siapa siapa.MAhluk Allah yg sedang mencari keredaann hurmm selamat berpuasa AMIN3



No comments:

Post a Comment